Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Jumaat, 19 Jun 2009

Perkembangan Drama TV Malaysia: MATAHARI...

Assalamualaikum...Salam Sejahtera...Salam Hormat buat semua...Musim cuti sebegini, indah dan tenang jiwa berada di rumah. Jauh dari kesibukkan di kota, kesibukkan dengan tugasan kelas dan klinikal, serta jauh dari masalah yang tidak tahu dari mana punca asalnya. Memang indah berada di rumah bersama kelarga tersayang. Setiap saat dan masa memberikan ruang untuk aku bernafas dengan tenang. Hampir sebulan lebih di rumah memberikan aku suasana yang cukup tenang walaupun kadang-kadang terasa tiada apa yang mampu di buat di rumah selain makan, minum, tidur, melayari internent, dan menonton TV...





Hmmm...menarik...menonton TV.... di rumahlah tempat yang paling indah bagi diri ini untuk menonton TV...lantaran kesibukkan dan pelbagai masalah di kolej menyebabkan selalu tiada masa untuk TV. Namun, di rumahlah aku meneliti setiap saat dan ketikanya untuk aku melayani bait-bait cerita yang dipudarkan di Malaysia....





Apa yang diri ini peroleh, rancangan TV di Malaysia menampakan satu gambaran yang baik. Entahlah, aku pun tidak pasti. Tetapi menurut kata hati ini, menarik juga rancangan yang disiarkan di TV melalui saluran RTM, TV3, dan ASTRO... tahniah diucapkan..



Saya mulakan dengan cerita bersiri MATAHARI...saya ikutinya sedari awal lagi ceritanya. Menarik dan penuh dengan pelbagai transformasi....kenapa saya gunakan perkataan transformasi di dalam drama ini? Ya ...jika dihalusi watak Arianna yang merupakan tunggak olahan cerita ini...menunjukkan bagaimana Arianna berubah daripada gadis desa yang tidak tahu apa itu kota..menjadi seorang yang begitu taksub dengan mainan dunia kotanya. Nampak perubahan watak yang dimainkan oleh LISDAWATI di dalam cerita ini....Pada tiga minggu cerita matahari ini membuka panggungnya, ada pula yang mempersoal akan kridibiliti cerita ini dan memyangkal bahawa cerita ini meniru hasil karya drama thailand, E-Pring... Ketika saya masih di sekolah menengah, ASTRO PRIMA ada mempersembah drama tersebut. Dan saya juga mengikutinya..dari pandangan saya, saya mendapati banyak perbezaan antara MATAHARI dan E_Pring... Mungkin olahan watak hampir sama, namun olahan skrip mahupun latar masa dan budayanya langsung tidak sama.

E-Pring mengambil latar di zaman lama..Zaman ketika zaman peperangan dan penjajahan... manakala Matahari memberikan sesuatu latar yang berkisahkan mengenai zaman kini, moden, serta lebih terbuka. Ada juga menyatakan bahawa lakonan Lisdawati tidak menjadi di dalam drama tersebut. Lisda kelihatans eperti gadis kampung yang tidak mampu untuk membawa watak penggoda lelaki..Saya tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut. Lisdawati telah menunjukkan bagaimana emosi Arianna dan bagaimana mainan watak serta olahan gaya Arianna di dalam cerita Matahari. HArus diigat, latar mulanya watak Arianna dalah gadis kampung yang mulus, hidup sederhana, dan hanya mengimpikan kekayaan berpihak padanya suatu hari nanti. Justeru, wajarlah penampilan yang diterjemahkan oleh Lisdawati di dalam olahan watak Arianna pada mulanya. Perkembangan wataknya kita mula lihat dan perhatikan apabila beliau berkahwin pertamakalinya dengan doktor yang dipegang wataknya oleh Arash Mohammad. Dan di situlah bermulanya konflik dan mainan watak serta warna di dalam MATAHARI...

Sebenarnya saya kagum dengan pengarah dan idea cerita asal MATAHARI ini. Sesuatu yang baru dan segar ditontonkan di Malaysia. Di dalam cerita ini kita tahu nilai kasih sayang yang dipendam sejak cinta pertama.....di dalamnya juga kita tahu bahawa bagaimana kasih kakak pada adiknya walau penghalang cinta bukan ukurannya.... dan di dalamnya kita tahu bagaimana kasih seorang ibu boleh di matikan melalui cinta ibunya pada si bapa tiri yang tidak bertanggungjawab hingga mampu menghalau anaknya sendiri...di dalam MATAHARI juga kita di kenal realiti perasaan cinta atara lelaki dan lelaki...di dalam matahari cinta pada kekayaan, harta benda, dan wang ringgit mampu untuk membutakan mata sehingga sanggup mengenepikan hubungan kekeluargaan....MATAHARI juga menunjukkan bagaimana kerana cinta..pembunuhan perlu dilaksanakan...dan melalui MATAHARI kita tahu...keikhlasan cinta itu terbina.......

Mantap lakonan LISDAWATI...FAHRIN AHMAD.....ARASH MOHAMMAD....IQRAM DINZLY...FAUZI MARZUKI....FIZZ OMAR...JALALUDIN HASSAN....AIDA ARIS...DAN ramai lagi......tahniah di ucapkan...TERUSKAN USAHA ANDA BAGI MEMARTABATKAN INDUSTRI TV DI MALAYSIA BERKEMBANG MAJU....INSYALLAH!!!!!

Jumaat, 29 Mei 2009

CINTAMU...



Ku jadikan lagu

Walau tidak seindah

Bisik kata yang kau beri


Tetap dalam hati

Siang malam menanti

Tak jemu aku

Dibuai kerinduan


Belum pernah ada

Getaran sebegini

Memang benar

Aku dilanda cinta kepadamu


(Korus)

Bercahaya hidupku

Dalam taman cinta

Sehingga segalanya seperti pelangi


Kau sambutlah rinduku

Jangan lepas lagi

Ku patri setia

Seteguh kasihmu buatku


Kini ku temui

Insan yang ku sayangi

Sentiasa di sisi

Bagai bintang yang berseri


Tetap dalam hati

Siang malam menanti

Tak jemu aku

Dibuai kerinduan


Satu jawapan

Engkau berikan

Bisa ku rasa

Segala rahsia asmara

Kau pesona cinta

Yang membawa bahagia

SURAT CINTA DARI TiPah a.k.a shArIfFAh


bila tanganmu berkeringat,

hatimu berdegup kencang

suaramu bagai tersangkut dikerongkong,

itu bukan CINTA tapi SUKA,


bila tanganmu tak boleh berhenti memegang dan menyentuhnya

itu bukan CINTA tapi BeRAHI

bila kamu menginginkanya krna kamu tau ia akan selalu ada disampingmu

itu bukan CINTA tapi KESEPIAN

bila kamu menerima pernyataan cintanya karna kamu tak mau menyakiti hatinya

itu bukan CINTA tapi KASIHAN

bila kamu mahu memberikan semua yang kamu suka demi dia

itu bukan CINTA tapi KEMURAHAN HATI

bila kamu bangga dan ingin memamerkannya kepada semua orang

itu bukan CINTA tapi TAKBUR

bila kamu mengatakan kepadanya bahwa dia adalah satu2nya yang kamu pikirkan

itu bukan CINTA tapi TAKUT KEHILANGAN..

fahamilah..ia bukan cinta~


cinta y sebenarnya adalah..


ketika kamu mencintainya

ketika kamu melakukan semua untuknya tanpa berharap lebih…

ketika kamu menerima kesalahannya krna itu adalah sebahgian dari kepribadiannya

ketika kamu rela memberikan hatimu, kehidupanmu, bahkan kematianmu

ketika kamu sedih bila dia sedih, dan gembire ketika dia bahagia

ketika kamu menangis untuk kesedihannya

walaupun dia cukup kuat untuk menghadapinya


ketika kamu tertarik pada orang lain

tapi kamu masih setia padanya

ketika kamu merelakannya dengan senyum

bila kebahagiaannya tidak bersamamu

itulah rasa CINTA yang sesungguhnya…..


~athifah saidi~ aka shariffah....


TERIMA KASIH CINTA.....CINTAKU HANYALAH PADAMU...nfak....

kasih...sayang....dan.. C.I.N.T.A


Cinta ibarat kupu-kupu....

Makin kau kejar, makin ia menghindar....

Tetapi,

Bila kau biarkan ia terbang...

ia akan menghampirimu...di saat kau tidak menduga..

Cinta mampu membahagiakan...

Tetapi...cinta akan lebih istimewa..jika kau berikan pada yang layak menerimanya,


Cinta bukanlah mencari seseorang yang sempurna...

Tetapi menemukan seseorang yang mampu membuatkan dirimu sempurna...

Cinta amat menyakitkan apabila memutuskan hubungan dengan seseorang...

Tetapi lebih sakit...apabila seseorang memutuskan hubungan dengan mu...

Tetapi cinta paling menyakitkan apabila....

Langsung tidak mengetahui perasaanmu terhadapnya...

Jangan mudah melafazkan "AKU CINTA PADAMU"

Bila kau tidak benar-benar peduli.....

Jangan bicarakan soal perasaan bila itu tidak benar-benar ada...

Jangan kau sentuh hidup seseorang bila kau berniat main-main denganya..

jangan menatap ke dalam matanya bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan...


Hal yang paling kejam dilakukan...

Adalah membuatkan seseorang jatuh cinta..

Sedangkan kita tidak berniat langsung untuk menerima cintanya...

saat dia jatuh menyintai kita...


Hal menyedihkan dalam hidup ialah bila bertemu seseorang ...

Lalu jatuh cinta......

kemudian akhirnya menyedari......

Bahawa..dia bukanlah jodohmu....

dan kau telah mensia-siakan masa bertahun-tahun...

untuk seseorang yang tidak layak......


Kalau sekarang dia tidak layak...

10 tahun dari sekarang pun dia tidak layak.....

Biarkan dia pergi..dan lupakannya....


(aku tidak tahu siapa pencipta kata-kata ini...namun aku memahami isinya....yang membuatkan diri ini menghargai cinta...terima kasih pada pengirimnya...kerana membuatkan aku bertambah cinta...pada dirinya...)

HARI YANG PALING BERMAKNA DI DALAM HIDUPKU..


Tanggal 29 Mei 2009, jam 7.47am akan menjadi satu tarikh penting buat diriku... aku menerima perkabaran yang membuatkan aku tersenyum pada hari ini... hari yang banyak mengajar aku erti kesabaran dan hari yang banyak membuatkan aku lebih memahami kehidupan yang sebenar... Ya..aku percaya...semakin lama kita tunggu, kita makin mengharginya....kerana sukar untuk mendapatkannya...aku bersyukur, berterima kasih pada Allah yang mana akhirnya Allah membuka pintu hatinya... Alhamdulillah...perkataan pertama yang keluar dari bibirku...lama aku nantikan...lama aku tunggu..akhirnya dia menerima ...seadanya aku... insyallah...akan ku jaganya sebaik mungkin, akan ku hargainya seindah mungkin, dan akan ku didiknya seboleh mungkin... apa yang pasti...kasih dan sayangku hanya untuknya...selamanya...insyallah....

Ahad, 24 Mei 2009

Pilihlah antara dua.....



Bila kamu berkawan dengan lelaki,

Ingatlah ada dua pilihan terbentang


Yang Pertama..

Kamu jadi seperti kelapa..

Mudah diperoleh..

Diparut..

Diperah..

Dan diambil santannya..

Lepas tu hampasnya dibuang...


Yang Kedua..

Kamu menjadi sebutir mutiara..

Berada di dasar lautan..

Tersimpan rapi..

Dilindungi kulit..

Bukan senang nak melihat..

Apa lagi mendapatkannya..

hanya orang yang bertuah..

Beruasaha menyelami dasar lautan..

Dapat memperolehnya..

Dan ia akan tersimpan selamanya..


OLEH ITU..TENTUKAN YANG MANA SATU PILIHAN..


Menjadi santan..

mudah jadi perhatian..

tapi hanya sebentar jadi santapan..


Menjadi mutiara..

sukar ditemukan..

namun bila dihias indah gadis perawan..


(diambil dari kata-kata yang dipostkan oleh sahabatku, MRS BRIGHTSIDE aka liayana...)

Sabtu, 23 Mei 2009

hatiku di malam lavender






















assalamualaikum... warkah di mulakan ketika diri ini bersama hampir 300 orang pelatih jurupulih carakerja batch 22, 23, 24, dan 25 menyambut malam gala buat kali keempat dalam sejarah. Majlis Makan Malam...Malam Lavender... menarik bukan bunyinya....memang menarik..saat kaki ini melangkah masuk ke dewan makan malam, tergamam melihat keindahan dewan yang begitu indah dan tampak begitu mewah dengan hiasan lampu yang sangat cantik. Sambutan kami di sambut oleh AJK sambutan yang sememangnya cantik-cantik belaka.. hehhe...dan aku temui dua orang adik kesayangan ku.... anis n dom... penyambut tetamu rupanya.. biasalah..permulaan masuk diberinya sedikit cenderahati buat tetamu yang hadir.. door gift.. apa kandungannya? haha... seterusnya masing-masing mengambil tempat di dalam dewan...


Seperti biasa diri ini bersama rakan-rakan semeja yang sememangnya menjadi sahabat baik di dalam kelas...siapa ya? haha... ain zk, faizal, erdy, dan pak dil...n ada juga adik-adik junior.. seperti syarif, farahin, misbah, marshal..n sorang lagi yang pakai baju kimono...lupa namanya...maaf ya....hehehehe....sementara menunggu ketibaan VIP (pengajar kesayangan kami ler!!) kami semua merayau-rayau disekitar dewan, bagi yang muslim pergi menunaikan solat fardhu magrib.. di sini lah jelas kelihatan keakraban kami semua...gembira aku bila dapat melihat...bakal-bakal penjawat awam jurupulih carakerja dah kembali bersatu....tahniah...


Acara dimulakan setelah ketibaan our mummy... Puan Hjh Che Halimaton Che Ross... Mcm biasalah...permulaan acara...edisi ucap-mengucap nie.. hehehe....zairol@ satey kajang memulakan selaku ketua dinner malam tu..hehe...boleh tahan juga ucapannya....biasalah setiausaha MPP sesi baru....bangga aku ngan junior aku nie...heheh...apa-apa pun...tahniah pada semua....n ucapan mummy Hali.... aku dengar satu-satu ucapannya...dan ada sesuatu makna yang aku ingati senhingga ke hari ini... kata mummy....

"kadang-kadang kita merasakan sesuatu yang baik untuk kita, tetapi sebenarnya tidak baik untuk kita, dan kadang-kadang kita merasakan sesuatu yang buruk buat kita, sebenarnya baik untuk kita"....


mendalam dan hanya mereka yang mengerti sahaja istilah itu akan memikirkannya... thank mummy...u give me petunjuk untuk saya leraikan kekusutan di minda ketika itu..... aku bangga dengan mummy Hali...n sememangnya...dialah banyak memberikan dorongan dan sokongan buat aku...banyak nasihatnya aku ambil untuk aku buktikan yang aku mampu menjadi penjawat awam Jurupulih Carakerja yang terbaik di masa akan datang...aku mahu jadi sehebat beliau...


seterusnya time potong kek...aku memang suka masa nie....hehehehehehhe....kek diorang cantik betul...5 tingkat kalau tak silap...heheh...best..n sedap...nasib zairol datang ke meja kami..dan bawa kan kek tu kepada kami..heheh...thank u zairol...kalau tidak, tak merasa la kek tu...hehehehehe....n that the time...makan time...memang best...banyak pilihan makannya....paling best kambing bakar...... masa penerangan menu...ramai yang kata tidak mahu makan kambing....tapi...masa beratur nak makan kambing..huh!!! ramainya...ish!!!....tidak apa lah..nama pun manusia..kalau tidak macam itu...tidaklah namanya manusia...


dan ketika cabutan undian yang pertama....untuk cabutan bertuah..huhu....tanpa di duga dan tanpa di pinta....nombor aku jadi tarikkan en sahar...heheh..gembiranya..mana tidaknya...sudahlah nombor pertama di tarik...dan hadiah pertama...dan hamper paling besar pulak tu.....bahagia sungguh aku...hehehhehe...anyway..thank u pada semua...alhamdulilah...rezeki kami la tu..hehehehe....


tapi kan...malam tu macam ada yang tidak kena...matuku seringkali melihat kelibat seseorang...seseorang yang sudah biasa aku kenali dan bisa aku bualkan...tapi malam tu...sesuatu yang lain dan sesuatu yang aneh berlaku...aku tidak mengetahui kenapa perkara ini terjadi...dan kenapa hal ini dibangkitkan...huhu...aku memang rasakan diri ini gila...boleh hati ini di curi pada malam itu...di curi oleh seseorang yang sangat istemewa... NFAK....itulah singkatan namanya....memandang matanya...membuatku terpaku...melihat bicaranya...membuatkan aku terdiam...dan wajahnya yang begitu mempersona...membuatkan hatiku berdegup kencang... perasaan in hadir secara tiba-tiba...dan perasaan ini dicurahkan dengan begitu hebat...sehingga membuatkan hati ku seringkali memikirkannya....rinduku padanya menebal...dan jiwaku padanya...penuh dan tersangat padat.... hmm...ku yakin....ada sesuatu di dalam dirinya yang meruntum jiwa ini...dan aku tahu...ada hikmah di sebaliknya.... dan akan ku nantikan dirinya untukku....berserah pada tuhan yang esa.....insyallah.....


Related Posts with Thumbnails