Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Khamis, 27 November 2008

hati..oleh dato' siti nurhaliza


lagu hati ini merupakan hasil nukilan sherron paul dan liriknya adalah titipan shuhaimi baba. lagu yang diinspirasi daripada pejuang terdahulu ini merupakan lagu tema bagi fileh hebat hati malaya:1957... Lagu dendangan Dato' Siti Nurhaliza ini memberikan seribu satu semangat akan cintakan tanah air.. Malaysia..


Hati

Lagu : Sherron Paul

Lirik : Shuhaimi Baba

Nyanyian : Dato' Siti Nurhaliza Taruddin


Janji hati suara cinta sakti

Cinta agung dari jiwa ternyala

Janji tanah lahir aku cintai

Aku rela sama membela


Pengorbanan jangan diluka

Khianat janji hilang jasa

Ku mencari hati mulia

Aku sanjung pencinta bangsa


Usah rajuk jauh hati rindu

Nafas lain haluan seketika

Aku rayu wira hati sayangku

Ini bukan mainan cinta


Pengorbanan jangan diluka

Khianat janji hilang jasa

Ku mencari hati mulia

Aku sanjung pencinta bangsa


Janji janji cinta.


Pengorbanan jangan diluka

Khianat janji hilang jasa

Ku mencari hati mulia

Aku sanjung pencinta bangsa


Bila janji terlukis indah

Usah lagi kau buru cinta

Aku serahkan hati asmara ku

Kini bebas hati bersatu

Ooo hati

*video ini diperolehi di youtube...terima kasih buat mereka yang merakamkan video ini.. Sesungguhnya hati anda menjadi saksi atas keikhlasan ini.

Salam Hati Buat Semua


Assalamualaikum w.b.t Salam Hormat Salam Ukhwah Salam Wasilah buat semua pembaca ruangan blog ini.. Alhamdulillah satu pencapaian illusi yang tak terhingga dicapai melalui satu saduran inspirasi dan aspirasi yang dihasilkan atas naluri keikhlasan. Menjebakkan diri di dalam dunia cyber ini memberikan satu landasan kehidupan yang terlalu luas dan membuatkan diri ini lebih peka terhadap perkembangan semasa. Luahan hati yang bakal terungkap di dalam ruangan ini menunjukkan keikhlasan dan ketulusan hati yang sentiasa mahukan yang terbaik buat diri dan insan sekeliling. Kehidupan yang bermakna bermula dari titik permulaan saat diri ini dikurniakan nafas melihat alam sekeliling ciptaan tuhan yang maha kaya. Melihat akan satu illusi memberikan takrifan bahawa diri kita sebenarnya hanyalah satu jasad yang dizahirkan punyai satu hati untuk berbicara. Hati mampu meluahkan segalanya. Hati mampu memberikan satu lafaz dan satu kehidupan diceriakan. Ranjau hati ini bakan diteruskan bersemadi bersama rasa yang begitu mempesona.... Hati ini hanya satu...Kerana Hati meluahkan segalanya...
Related Posts with Thumbnails