Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Jumaat, 19 Jun 2009

Perkembangan Drama TV Malaysia: MATAHARI...

Assalamualaikum...Salam Sejahtera...Salam Hormat buat semua...Musim cuti sebegini, indah dan tenang jiwa berada di rumah. Jauh dari kesibukkan di kota, kesibukkan dengan tugasan kelas dan klinikal, serta jauh dari masalah yang tidak tahu dari mana punca asalnya. Memang indah berada di rumah bersama kelarga tersayang. Setiap saat dan masa memberikan ruang untuk aku bernafas dengan tenang. Hampir sebulan lebih di rumah memberikan aku suasana yang cukup tenang walaupun kadang-kadang terasa tiada apa yang mampu di buat di rumah selain makan, minum, tidur, melayari internent, dan menonton TV...





Hmmm...menarik...menonton TV.... di rumahlah tempat yang paling indah bagi diri ini untuk menonton TV...lantaran kesibukkan dan pelbagai masalah di kolej menyebabkan selalu tiada masa untuk TV. Namun, di rumahlah aku meneliti setiap saat dan ketikanya untuk aku melayani bait-bait cerita yang dipudarkan di Malaysia....





Apa yang diri ini peroleh, rancangan TV di Malaysia menampakan satu gambaran yang baik. Entahlah, aku pun tidak pasti. Tetapi menurut kata hati ini, menarik juga rancangan yang disiarkan di TV melalui saluran RTM, TV3, dan ASTRO... tahniah diucapkan..



Saya mulakan dengan cerita bersiri MATAHARI...saya ikutinya sedari awal lagi ceritanya. Menarik dan penuh dengan pelbagai transformasi....kenapa saya gunakan perkataan transformasi di dalam drama ini? Ya ...jika dihalusi watak Arianna yang merupakan tunggak olahan cerita ini...menunjukkan bagaimana Arianna berubah daripada gadis desa yang tidak tahu apa itu kota..menjadi seorang yang begitu taksub dengan mainan dunia kotanya. Nampak perubahan watak yang dimainkan oleh LISDAWATI di dalam cerita ini....Pada tiga minggu cerita matahari ini membuka panggungnya, ada pula yang mempersoal akan kridibiliti cerita ini dan memyangkal bahawa cerita ini meniru hasil karya drama thailand, E-Pring... Ketika saya masih di sekolah menengah, ASTRO PRIMA ada mempersembah drama tersebut. Dan saya juga mengikutinya..dari pandangan saya, saya mendapati banyak perbezaan antara MATAHARI dan E_Pring... Mungkin olahan watak hampir sama, namun olahan skrip mahupun latar masa dan budayanya langsung tidak sama.

E-Pring mengambil latar di zaman lama..Zaman ketika zaman peperangan dan penjajahan... manakala Matahari memberikan sesuatu latar yang berkisahkan mengenai zaman kini, moden, serta lebih terbuka. Ada juga menyatakan bahawa lakonan Lisdawati tidak menjadi di dalam drama tersebut. Lisda kelihatans eperti gadis kampung yang tidak mampu untuk membawa watak penggoda lelaki..Saya tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut. Lisdawati telah menunjukkan bagaimana emosi Arianna dan bagaimana mainan watak serta olahan gaya Arianna di dalam cerita Matahari. HArus diigat, latar mulanya watak Arianna dalah gadis kampung yang mulus, hidup sederhana, dan hanya mengimpikan kekayaan berpihak padanya suatu hari nanti. Justeru, wajarlah penampilan yang diterjemahkan oleh Lisdawati di dalam olahan watak Arianna pada mulanya. Perkembangan wataknya kita mula lihat dan perhatikan apabila beliau berkahwin pertamakalinya dengan doktor yang dipegang wataknya oleh Arash Mohammad. Dan di situlah bermulanya konflik dan mainan watak serta warna di dalam MATAHARI...

Sebenarnya saya kagum dengan pengarah dan idea cerita asal MATAHARI ini. Sesuatu yang baru dan segar ditontonkan di Malaysia. Di dalam cerita ini kita tahu nilai kasih sayang yang dipendam sejak cinta pertama.....di dalamnya juga kita tahu bahawa bagaimana kasih kakak pada adiknya walau penghalang cinta bukan ukurannya.... dan di dalamnya kita tahu bagaimana kasih seorang ibu boleh di matikan melalui cinta ibunya pada si bapa tiri yang tidak bertanggungjawab hingga mampu menghalau anaknya sendiri...di dalam MATAHARI juga kita di kenal realiti perasaan cinta atara lelaki dan lelaki...di dalam matahari cinta pada kekayaan, harta benda, dan wang ringgit mampu untuk membutakan mata sehingga sanggup mengenepikan hubungan kekeluargaan....MATAHARI juga menunjukkan bagaimana kerana cinta..pembunuhan perlu dilaksanakan...dan melalui MATAHARI kita tahu...keikhlasan cinta itu terbina.......

Mantap lakonan LISDAWATI...FAHRIN AHMAD.....ARASH MOHAMMAD....IQRAM DINZLY...FAUZI MARZUKI....FIZZ OMAR...JALALUDIN HASSAN....AIDA ARIS...DAN ramai lagi......tahniah di ucapkan...TERUSKAN USAHA ANDA BAGI MEMARTABATKAN INDUSTRI TV DI MALAYSIA BERKEMBANG MAJU....INSYALLAH!!!!!

Related Posts with Thumbnails