Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Ahad, 8 Februari 2009

Kepompong yang keluar dari sayapnya....

Assalamualaikum.... Saya sangat teruja untuk menulis kali ini....Mana tidaknya...hati ini sungguh syahdu dan merasa bangga apabila melihat ditangan ini apa yang diiginkan menjadi rahmat. Alhamdulillah apa yang diiginkan oleh hati tercapai.......

Ketika Minggu Kebudayaan, Kesenian, dan Warisan buat Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Program Jurupulih Perubatan Carakerja (JPCK)telah menjuarai Juara Keseluruhan seterusnya melenyapkan ingatan bahawa Program JPCK tidak lagi program yang harus dipandang sepi. Walaupun dugaan datang bersilih ganti, kami tetap bersatu merempuh segalanya.

Malam pertama meyaksikan gelanggang tarian dibuka. Persembahan menarik di tonjolkan oleh para penari dibawah bimbingan Ketua Tarinya merangkap Koreografinya Saudari Faten Farhana membuatkan lagu kurik kundi di tangannya begitu unik. Bunga tari lagu Kurik Kundi yang dilenggokkan oleh Faten sangat mengasyikkan terutama di bahagian loghat kelantanya, iaitu part dikir barat. Mereka membuat satu bulatan seterusnya mencerminkan satu persembahan yang sangat mengujakan. Di babak kedua, lagu Joget mempersembah satu seni joget yang cukup harmoni. Walaupun pada awalnya, muzik tidak didegari, namun para penari tetap mencerminkan tarian yang bertenaga. Cantik, kemas, dan selari menjadi sumber kekuatan kumpulan tarian program JPCK. Tahniah buat anda.

Malam kedua meneruskan lagi kehebatan dengan gelanggang koir dibuka. Lagu wajib lagu KSKB manakala lagu pilihan adalah lagu Ayat-ayat Cinta. Kumpulan Koir di bawah pimpinan Saudari Ain Zainal Karib membuatkan kumpulan ini begitu profesional. Baik dari segi pakaian, harmoni, dan kesesuaian vokal mereka sangat teserlah. Nyata mereka menggerunkan pihak lawan. Keharmonian ang ditunjukkan di bahagia chorus lagu AAC membuatkan bulu roma ini tegak berdiri. Babak lakonan daripada Ain disambut oleh jantung hatinya, lakonan Gajen sangat menjadi.. Kumpulan Koir yang di conduct oleh Lika ini membuatkan cubaan pertamanya tampak berjaya. Tahniah....

Malam ketiga...malam penuh kontroversi... malam dikir barat... Bermacam tomahan di beri kepada psukan dikir barat JPCK. Usaha yang dicurahkan sepanjang latihan bagai dipanah hanya kerana satu malam. Sedih, namun pasti ada hikmahnya. Buat mereka yang bersama kumpulan ini pasti merasa sedih dan memahami apa yang saya titipkan. Persembahan sangat memukau dan sangat menujakan. Namun, bila kewarasan dihimpit perasaan hasad dan dengki, membuatkan apa yang diusahan menjadi hancur, apa yang diharapkan menjadi punah, dan apa yang diimpikan menjadi angan-angan yang tiada berkesudahan. Rasa itu bagaimanapun tidak melemahkan semangat JPCK untuk terus berusaha dengan lebih gigih. Perasaan pilu masih ada tetapi maruah program yang tercalar perlu disembuhkan. Mengapa adanya makhluk yang tidak mahu menjaga maruah program? Mengapa adanya makhluk yang seringkali tidak tahu dek untung bahawa apa yang diraihnya seketika ini dukurniakan oleh pelatih-pelatih JPCK itu sendiri? Mengapa sanggup beliau membenarkan apa yang tidak? Mengapa beliau sanggup mencemarkan apa yang palsu itu sebagai sesuatu benar? Mengapa seringkali makhluk ini hendak berlahgak adil sedangkan maruah programnya sendiri tercalar? Sekiranya makhluk ini sempat membaca, pertimbangkanlah dirimu.... Bukan hendak kami membencimu, namun beratus kali sudah tindakkanmu itu sering membuat pergolakkan di kalangan warga JPCK.....

Malam keempat, gelanggangnya dibuka agak tenang. batle of the band atau kugiran. pertandingan ini memang membuatkan skill band ditonjolkan. Program JPCK tidak terlepas untuk menghantar wakilnya. Kali ini team JPCK diketuai oleh Bad dan dianggotai oleh Duen... selaku vokalis serta ossy, alex, dan clerance.... sememangnya meraka sangat berbakat...Lagu bunyi gitar dan Delalila menjadi taruhan....Alhamdulilah, semuanya berjalan lancar dan membuatkan seisi dewan terpegun dan sesuatu di harapkan dari pertandingan ini.

Malam kelima dan terakhir.... memberikan seribu makna buat program JPCK..... malam gangstarz.... malam di mana JPCK menghantar dua team.. team pertama... diketuai oleh marshal, spancer, bell mempersonakan warga dewan. dengan suara yang sangat harmoni dan mengasyikkan membuatkan mereka berkenyakinan. team kedua daripada anita, ain, cave, wina, dan fadhil lebih menonjol. Mereka seakan begitu selesa di atas pentas. Vokal Wina dan Anita benar-benar berkesan sampai ke lubuk hati pendengar.

Setelah selesai kesemua persembahan keputusan setiap pertandingan diumumkan. Menang kalah bukanlah keutamaan kami, kerana kami seringkali memperjuangkan nama JPCK sebagai satu impak yang berkesan. Ya...kami memang bersatu padu sehinggan membuatkan hampir 45% dari warga dewan adalah warga JPCK. kesemua turun memberi sokongan dan harapan...
Keputusan...
1. Tarian no 2
2. Koir no 2
3. Dikir barat....kontroversi melanda..kami disingkirkan
4. batle of the band no 1
5. gangstarz no1 dan no3.

terharu......sememangnya kami terharu...gembira....sememangnya kami gembira..... apa yang membuatkan kami lebuh teruja pada malam itu, kami adalah juara keseluruhan...ya...impian kami menjadi kenyataan..... doa kami dimakbulkan tuhan..... ya...trofi juara keseluruhan sememangnya menjadi milik kami...kini mata tertumpu ke arah kami.... kami tidak mahu lagi menoleh ke belakang... kami tidak mahu lagi di hina....dikatakan program yang paling lemah dan program yang paling diam.... ya....memang kami diam...kerana diam kami diam berisi...kami bermula dari bawah.....dan sekali kami naiki satu anak tangga, kami kutip seribu pengalaman... kami hadiahkan semuanya buat mereka yang berusaha bersungguh-sungguh demu maruah JPCK... terima kasih buat pengetua yang seringkali memberi nasihat dan pandangan yang bernas... Puan Hjh Che Halimaton bt Che Ross.... thank u mummy....... thank alot...... buat para pengajar terima kasih banyak2..... en majid...terima kasih sebb sudi hadir setiap hari memberi sokongan..... en sahar, pn sham, en awang, en faizal, pn roslina, pn aziziah, pn mus dan en saidin.............terima kasih semua.... buat pelatih JPCK...dari batch 22,23,24,25... terima kasih kerana anda sering menjadikan JPCK sesuatu yang unik...ingat...tanpa kalian seorg tidak bermaknalah JPCK>...kesemuanya menjadi tunggak utama dalam merealisasikan impian kita...walau kita di hina, di cerca, dan di benci...sabarlah......mengadulah pada tuhan...kerana tuhan sering adil....dan kerana keadilan tuhanlah.....kita berada dimana kini kita berada....

Memang sedih akan apa yang berlaku...malam itu menjadi taruhan kita ....tanggal 6 frbruari 2009 harus menjadi lambang bangkitnya generasi JPCK yang cemerlang, gemilang, dan terbilang. Persetankan semua yang hanya dengki pada kita....apa yang penting kita kini telah bersatu...Oleh kerana bersatunya kita ...maka kejayaan itulah milik kita.... JANGAN JADI PENGKHIANAT OT.....

tahniah buat semua.........salam kemenangan buat kita....bersyukur buat illahi..... alhamdulilah...

1 ulasan:

gurl berkata...

we r the champion.. xde lg pktaan kalah, mundur, lemah etc dlm OT. bdk2 koz OT memang bsemangat tinggi.. xpe asri, kte menang kali, dpt bukak mata bdk2 koz lain yg kta nie bkn koz lemah.. xpe, lpas nie, ko xdgr dah kutukan org,, biar giliran MPP yg bru plak.. ape2 pn, ko dh buat byk prubahan dlm OT.. gud job.. kte sama2 naikkn nama OT k.. -mrs. Charles- gurlLyKa..

Related Posts with Thumbnails