Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Ahad, 8 Februari 2009

Bila Dato' Siti Nurhaliza ber"Lentera Timur"...



Assalamualaikum....agak lama juga diri ini tidak membenarkan hati ini untuk mencoretkan sesuatu di sini.... Kesibukkan yang begitu memenatkan membuatkan diri ini setiasa menolak untuk singgah di alam maya bagi mencoretkan isi hati yang masih berkesempatan untuk dikongsi bersama dengan yang lain....



Alhamdulilah....walau dugaan datang ...hati ini tetap teguh berdiri untuk membenarkan setiap yang dizahirkan menjadi sesuatu yang batin.... dalaman diri mampu untuk bertahan....lantaran diri ini sentiasa diigatkan bahawa tuhan itu satu dan kerana Dia satulah mudah untuk kita memohon kepadaNya... terima kasih Allah...hanya padamu ku mohon agar dipermudahkan segala dugaan dan cabaran hidup ini....



Hari ini...tiba2 diri ini merasakan banyak perkara yang hendak dicoretkan.....tapi tidak mengapa...satu persatu akanku coretkan agar setiap yang memandang menjadi indah....dan setiap yang melirik menjadi bahagia...



Siti Nurhaliza satu nama besar dalam bidang seni tanah air... Baru-baru ini beliau muncul dengan album terbarunya yang berjudul "Lentere Timur". Satu album yang berkonsepkan tradisional kontemperori.. Indah, mengasyikkan, dan pastinya vokal yang menawan dari DSN. Sesiapa yang mendengar pasti tertawan dengan apa yang disampaikan oleh beliau.. Sememangnya Malaysia masih tiada dalang ganti buat DSN. Bermula dengan nada-nada rendah, terus ke kemuncak dengan lenggok irama tradisinya yang tidak dapat disangkal, seterusnya di tutup dengan gaya manjanya membuatkan album ini terlalu istemewa buat para peminat DSN.



Kita perhalusi album ini satu demi satu...



1) Di Kayangan Kita (9/10)

Lagu : Johari Teh

Lirik : Keon

Satu lagu pembukaan yang sangat baik... Muzik yang diilhamkan seakan-akan muzik hindustan tetapi masih mengekalkan ciri-ciri tradisi melayu. Vokal DSN sangat teserlah terutama di awal-awal baik lagu. Lirik yang membawa maksud mengenai dua hati yang sedanga hangat bercinta ini membuatkan setiap baris yang dikeluarkan bersifat romantis dan sungguh indah.



2) Bintang Malam (8/10)

Lagu : Johan Nawawi

Lirik : Alfa Booty

Sebuah lagu yang rancak dan boleh terbuai untuk menari mengikut rentak lagu. Lagu ini adalah percubaan terbaik Johari Teh dalam melaksanakan muzik tradisional ini. Suara latar yang mengalunkan suara hooo.....lai....... sangat merdu...DSN juga yang tidak ketinggalan membuat bunyi oii....sangat menarik perhatian. Lirik yang memuja sang kekasih mudah difahami dan bersesuaian dengan rentak lagu membuatkan lagu ini antara lagu yang mesra pendengar.



3) Cinta ini (10/10)

Lagu : Katon

Lirik : Katon

Lagu daripada pencipta indonesia ini sangat unik dan terpesona. Bermula dari muziknya yang mengasyikkan dan lirik yang mempersona membuatkan sesiapa yang mendengar sangat menghiburkan. Ditambah pula dengan vokal DSN yang menasyikkan menguatkan lagi lagu ini untuk di sukai oleh segenap masyarakat.



4) Ada Masa Mata (10/10)

Lagu : M.Nasir

Lirik : Ad Samad

Lagu yang sangat unik dan sedap didegar. Lirik yang mudah difahami dan cukup ringkas membuatkan halwa telinga begitu senang mendengar lagu dari sifu ini. Vokal DSN sangat menarik hari. Pengaruh muzik Thai sangat kuat dan M.Nasir sangat kreatif kerana muzik thai telah dikontemkan dengan muzik melayu. Saya berharap agar lagu ini agan menjadi single kedua DSN selepas lagu Di Taman Teman kerana lagu ini sungguh menarik perhatian dan ianya adalah mesra pendengar.



5) Bulan Yang Mesra (10/10)

Lagu : Khairil Johari Johar

Lirik : Zubir Ali

Muzik yang betul-betul mencabar vokal tradisional seseorang penyanyi. Saya kira hanya DSN yang mampu menyanyikan lagu ini dengan sebaik-baiknya...... Bukan menidakkan keupayaan penyanyi lain di luar sana, tetapi lagu ini sungguh klasik.. sehinggakan boleh membuatkan seseorang itu terbuai dengan suara lunak DSN. Klasiknya lagu ini adalah seperti lagu Sri Mersing dan Patah Hati... Hanya mereka yang betul-betul mahir mengenai lenggok melayu yang mampu mengalunkannya.. Lagu yang menceritakan mengenai kerinduan seorang wanita terhadap kekasih atau suaminya yang lama terpisah. Hanya bulan yang menjadi lambang cinta dan saksi mereka..



6) Seloka Budi (9/10)

Lagu : Adnan Abu Hassan

Lirik : Azam Dungun

Taruhan yang baik dari Adnan Abu Hassan untuk memperkenal dirinya selaku pencipta lagu tradisi. Lagu yang baik sehinggakan mapu membuatkan seseorang untuk terus menyanyi dan menari bersama-sama DSN. Lagunya seakan-akan muzik cintawarna...Penuh tarian dan penuh warna.... Memang mengasyikkan.... Liriknya sangat padan dengan muzik..



7)Rasa Antara Kita (9/10)

Lagu : Khairil Johari Johar

Lirik : Zubir Ali

Lirik yang amat tepat untuk mereka yang berkwan tapi mesra...... Sedap alunan lagu dan suara DSN. Liriknya banyak mengandungi nasihat dan pandangan buat mereka yang kawan tapi mesra...



8) Senyum Minag Manis (10/10)

Lagu : Zul Mahat

Lirik : Abot

Unik, Nakal, dan mesra pendengar... Sangat Baik.... Bahagian chorus yang sangat menarik.... Part menjeling...menjeling.....sanagt menarik hati....



9) Joget Menanti Kasih (10/10)

Lagu : S. Atan

Lirik : Habsah Hassan

Saya sangat menyukai lagu ini. Entah mengapa...tetapi lagu ini sememangnya menarik di hati saya..... Mungkin muzik joget tradisi yang begitu kuat membuatkan saya suka akannya.. Atau liriknya yang begitu indah...adanya perkataan yang sedap di alunkan oleh DSN seperti bercabang-cabang, pandang-pandang, insyallah, secubitan gambir...... memang mengasyikkan suara DSN mengalunkannya...Indah.....sengguh indah....

10) Jelmakanlah Ayumu(9/10)
Lagu: Pak Ngah
Lirik : Siso KOPRATASA
Tidak tahu mana silapnya.....mana kurangnya....buah tangan terbaru daripada Pak Ngah kali ini seakan kurang umph nya.... Mengapa bahagian awal dan qasidah lagu ini tidak di alunkan sendiri oleh DSN. Mengapa perlu diganti oleh Razak Ahmad? Lirik lagu ini memang suakr untuk difahami.... Penuh tersurat... Berkali-kali menghayati liriknya, barulah diketahu akan maknanya yang sebenar. Mengapa binda di suruh jelmakan ayunya? Ini kerana bonda diletakkan sebagai subjek kepada budaya irama lagu tradisional.... ini diperkukuh lagi dengan lirik tidak reput hujang tidak lekang dalam panas dan asalnya bukan sebarangan benihnya dari rentak zaman... tahniah siso..... anda berjaya menyuratkan apa yang tersirat di dalam bait-bait lirik lagu ini...

11) Di Taman Teman(10/10)
Lagu : Fauzi Marzuki
Lirik : Hairul Anuar Harun
Lagu yang cukup membuatkan halwa telinga ini menggemarinya...Sedap alunan lenggok suara DSN. Muziknya yang begitu kena dengan liriknya. Nampaknya Hairul Anuar Harun muncul setelah sepi meninggalkan cindai, balqis, dan hati kama. Sentuhannya kali ini seperti magisnya masih belum hilang. Lagu ini adalah pilihan paling tepat DSN sebagai single pertamanya. Tahniah!!!

Album yang cukup kreatif dan antara yang terbaik daripada Dato' Siti Nurhaliza. Tahniah buat semua yang terlibat. Cover album yang sangat membanggakan dan sangat membuatkan sesiapa yang menlihat dan mendengar isi album ini terpaku dan akan menyukainya.....Semoga DSN mencapai impian dan sasarannya apabila beliau mula memberi nafas untuk ber "lentera tumur". Insyallah....AMEN>>>

Track lagu mengikut kesukaan saya:
1. Di Taman Teman
2. Joget Menanti Kasih
3. Ada Masa Mata
4. Cinta Ini
5. Bulan Yang Mesra
6. Senyum Minang Manis
7. Di Kayangan Kita
8. Rasa Antara Kita
9. Seloka Budi
10. Jelmakanlah Ayumu
11. Bintang Malam



Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails