Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Jumaat, 5 Disember 2008

"Occupational Therapy" is my profession...

Kenangan ketika Praktikal di Hospital Serdang

Kenangan ketika praktikal di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM)
Occupational Therapy atau Terapi Perubatan Carakerja (TCK) merupakan salah satu daripada bidang perubatan yang memberi fokus kepada ketidakupayaan atau ketidakfungsian anggota seseorang. TCK merupakan antara pasukan perubatan di bawah Kumpulan Rehabilitasi "Medical Rehabilitation Team". Antara kumpulan lain adalah seperti Physiotherapy dan Speech Therapy.

Pemulihan Carakerja (Terapi Carakerja) atau lebih dikenali dengan nama Occupational Therapy adalah satu profesyen kesihatan yang memberi fokus kepada penghakupayaan individu dalam merawat kecederaan, penyakit, kecacatan dan keuzuran bagi mencapai kehidupan produktif, berdikari dan bermakna.Rawatan adalah berbentuk modaliti adjunktif, aktiviti terapeutik, sensori integrasi dan rundingcara pemantauan dan pencegahan.

Tiga aspek yang mengimbangi kehidupan manusia menjadi teras terapi carakerja untuk dicapai oleh pesakit:-

• Berdikari dalam aktiviti kehidupan harian (ADL)

• Menyumbang kepada produktiviti (Work)dan

• Melaksanakan dan mempelbagai aktiviti riadah (Leisure).

DESKRIPSI TUGAS

Pegawai Pemulihan Perubatan (Carakerja) dan Jurupulih Carakerja atau lebih dikenali sebagai Occupational Therapist (OT) mempunyai peranan berikut:

  • Menjalankan penilaian piawai untuk mengenal pasti bidang prestasi carakerja pesakit dari tiga aspek ADL, Work dan Leisure.

  • Menjalankan penilain terhadap komponen prestasi carakerja yang terlibat untuk melaksanakan ADL, Work dan Leisure.

  • Menjalankan penilaian persekitaran (rumah, tempat kerja, sekolah dan persekitaran awam) untuk membolehkan pesakit berdikari dengan kecacatan (handicap) yang ada.

  • Mengimplementasikan terapi mengikut tahap keperluan pesakit menurut empat piawai . Cara adjunktif, Aktiviti terapeutik yang menggalakan penyembuhan (enabling). Aktiviti kefungsian yang bermakna untuk disembuhkan (purposeful), dan Perlaksanaan carakerja berkaitan dengan peranan.

  • Memberi preskripsi dan latihan menggunakan alat-alat bantuan sementara atau kekal berdasarkan penilaian ke atas bidang dan komponen prestasi carakerja pesakit.

  • Perkhidmatan rundingcara promotif, curative dan rehabilitatif dari aspek terapi carakerja.

  • Melaksanakan dokumentasi mengikut piawai yang ditentukan.

*Maklumat diambil daripada laman web rasmi TCK Malaysia iaitu http://www.ot-malaysia.org/ Silalah melayari laman web tersebut untuk maklumat lebih lanjut mengenai profesion kami.

Antara bahagian yang melibatkan TCK adalah:

  • Ortopedik
  • Medikal
  • Neurologi
  • Psikiatrik
  • Pediatrik
  • Genetrik
  • Aktiviti Sosial

Diri ini masih lagi menuntut sebagai pelajar Occcupational Therapy di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Sungai Buloh.



"Melalui hati diri ini berbicara dan melalui hati ini jugalah diri ini menyusuri liku-liku kehidupan....."

2 ulasan:

niesa.imana berkata...

salam wbt...

I luv OT.. +)

zoora qushairi berkata...

hye kamu..apa kaba?nak tanye ckit boley? masa ujian dan temuduga utk jd OT nih, soalan2 yg selalu penemuduga tanye ape yea.? next week ada exam n intrview OT ni....huuuu ~ if bley bg tips ckit........jasamu dihargai ;).

hehe....tenkiU ...

nazurawhy2@yahoo.com

Related Posts with Thumbnails