Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Khamis, 27 November 2008

Salam Hati Buat Semua


Assalamualaikum w.b.t Salam Hormat Salam Ukhwah Salam Wasilah buat semua pembaca ruangan blog ini.. Alhamdulillah satu pencapaian illusi yang tak terhingga dicapai melalui satu saduran inspirasi dan aspirasi yang dihasilkan atas naluri keikhlasan. Menjebakkan diri di dalam dunia cyber ini memberikan satu landasan kehidupan yang terlalu luas dan membuatkan diri ini lebih peka terhadap perkembangan semasa. Luahan hati yang bakal terungkap di dalam ruangan ini menunjukkan keikhlasan dan ketulusan hati yang sentiasa mahukan yang terbaik buat diri dan insan sekeliling. Kehidupan yang bermakna bermula dari titik permulaan saat diri ini dikurniakan nafas melihat alam sekeliling ciptaan tuhan yang maha kaya. Melihat akan satu illusi memberikan takrifan bahawa diri kita sebenarnya hanyalah satu jasad yang dizahirkan punyai satu hati untuk berbicara. Hati mampu meluahkan segalanya. Hati mampu memberikan satu lafaz dan satu kehidupan diceriakan. Ranjau hati ini bakan diteruskan bersemadi bersama rasa yang begitu mempesona.... Hati ini hanya satu...Kerana Hati meluahkan segalanya...

1 ulasan:

TaQim- THOUGHTS berkata...

OMG!!! amboi mengalahkan hikayat hang tuah ayat dia....nk jdi sasterawan ke? hehehe

Related Posts with Thumbnails